Thursday, February 12, 2015

MINAT BACA NOVEL??

ASSALAMUALAIKUM..

Aku minat sangat membaca especially novel. Boleh dikatakan aku satu rak cermin dalam bilik aku adalah novel. Majalah?? Aku boleh dikatakan suka juga lah majalah terutamanya REMAJA sebab ada macam-macam isu contohnya isu semasa,fesyen,D.I.Y dll. Tapi minat tue masa aku sekolah je kot lepas habis je sekolah aku lebih cenderung kepada novel.

Kebetulan tima aku form 5 2009, novel OMBAK RINDU sangat letup kebabong la kan..hahahaha..sampai aku pinjam dekat roomate aku la walaupun time tue asrama kita orang tak kasi langsung bawak benda terlarang macam tue. Aku rasa time tue sek aku paling ketat la peraturan alkisahnya megi pon tak leh makan. DENDANYA?? Budak kelas aku sendiri yang kena akibat tapi dorm lain la. Diaorang makan megi then dalam dorm dia nie ada sorang kaki ampu yang amat g bagitau kat warden. Apalagi warden g sportcheck la dorm dye orang dan dye orang kena denda jilat bekas megi yang dye orang guna. Bayangkan 8 orang makan dalam bekas yang sama. Korang bayangkan lah sendiri. hahaha..

So berbalik pada minat aku. Percaya atau tak aku memang minat baca novel tapi penulis novel pon aku tak kenal. Honest weh, agak -agak la kan dah kata minat tapi penulis pon tak kenal. Tapi itulah AKU. So gara minat pada penulisan yang sedikit tinggi dalam draft aku 4 CERPEN dan 1 NOVEL yang berjaya aku karang TAPI yang tak berapa berjaya adalah kesemua cerpen dan novel aku tak dak ENDING sebab mood aku tak sampai nak cari idea. Kalau aku rajin aku akan teruskan dan publish kat sini k.

QOTD : Angan - angan tidak mustahil akan menjadi realiti jika kita terus berusaha. (positif)


YANG BENAR,

Gadis Sengal.

Monday, February 9, 2015

INDAHKAH KEHIDUPAN AKU

ASSALAMUALAIKUM..

Jika indah katakan indah tapi jika suram diam seribu bahasa. Hidup aku umpama roda yang berputar kadang kala aku dibawah kadang kala aku di atas. Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang pernah lalui erti "kesusahan", yang tahu erti penat lelah, dan aku pernah lalui bagaimana mak dan abahku bergaduh tapi aku tak pernah menyesal hidup dalam dalam kehidupan begitu. Dan aku tak pernah tahu dan tak pernah terfikir kami sekeluarga akan keluar dari erti "kesusahan"


Tapi aku tak pernah merasa malu untuk bercerita pada orang diluar dimana aku pernah merasa kesusahan. KENAPA?? Kerana aku nak orang sekeliling tahu aku bangga dengan segala kejadian tersebut kerana dengan kejadian tersebut la kita akan bertambah semangat untuk membanggakan keluarga kita sendiri tambahan ayah dan ibu kita.

Aku bukan seorang yang rajin tapi aku juga bukan seorang yang malas belajar tapi aku sentiasa dalam keadaan sedar yang diri masih perlu membanggakan ibu dan ayahku. Kalau dari segi pendidikan memang ayah aku lagi pandai dari ibuku jadi ayah aku lebih pentingkan pendidikan anak-anak. Dalam keadaan susah macam mana pon ayah aku tetap akan usaha dan cari jalan penyelesaian untuk anak-anak ke menara gading. Masih di ingatan aku lagi apabila kakak sulung aku dapat melanjutkan pelajaran ke sabah kalau ikut pendapatan aku aku memang tidak seberapa, yela ayah masih perlu tanggung kakak kedua aku, abang aku dan aku. Kebetulan ayah aku kerja di airport so dapatlah tiket penerbangan separuh harga. So ayah aku je la hantar kak long aku ke sabah.

Dan alhamdullilah,sekarang kami berasa bangga ape yang kami berjaya capai. Dari berumah kayu sekarang kami berumah batu. Dulu hanya kipas yang dapat mendinginkan kami walaupon kadang kala terpaksa kongsi kipas yang hanya ada dua je, tue pon kipas berdiri dah nama rumah kayu mana ada kipas syiling mahunya runtuh pulak time tengah tidur tak ke naya. Dulu kami hanya ada dua bilik je, yang perempuan tidur bilik yang sedikit besar, dan abang aku tido bilik yang sedikit kecil. Abah dan mak aku tido kat ruang tamu. Dan sekarang kami ada bilik sendiri,ada aircorn di setiap bilik, tapi kami tak pernah berasa alpa dengan setiap kami rasai.

QOTD : kehidupan manusia ibarat cuaca yang ada dimuka bumi, KENAPA? Bila berhentinya hujan,ribut,taufan mahupun kilat akan munculnya pelangi yang indah, dan sinaran matahari yang sentiasa menenbusi pelosok bumi. Begitu juga kehidupan bila datang ujian,cabaran mahupun dugaan pasti akhirnya muncul sinar yang bisa lumpuhkan segala kepahitan walaupun seketika.


YANG BENAR,

Gadis Sengal