ASSALAMUALAIKUM..
Aku minat sangat membaca especially novel. Boleh dikatakan aku satu rak cermin dalam bilik aku adalah novel. Majalah?? Aku boleh dikatakan suka juga lah majalah terutamanya REMAJA sebab ada macam-macam isu contohnya isu semasa,fesyen,D.I.Y dll. Tapi minat tue masa aku sekolah je kot lepas habis je sekolah aku lebih cenderung kepada novel.
Kebetulan tima aku form 5 2009, novel OMBAK RINDU sangat letup kebabong la kan..hahahaha..sampai aku pinjam dekat roomate aku la walaupun time tue asrama kita orang tak kasi langsung bawak benda terlarang macam tue. Aku rasa time tue sek aku paling ketat la peraturan alkisahnya megi pon tak leh makan. DENDANYA?? Budak kelas aku sendiri yang kena akibat tapi dorm lain la. Diaorang makan megi then dalam dorm dia nie ada sorang kaki ampu yang amat g bagitau kat warden. Apalagi warden g sportcheck la dorm dye orang dan dye orang kena denda jilat bekas megi yang dye orang guna. Bayangkan 8 orang makan dalam bekas yang sama. Korang bayangkan lah sendiri. hahaha..
So berbalik pada minat aku. Percaya atau tak aku memang minat baca novel tapi penulis novel pon aku tak kenal. Honest weh, agak -agak la kan dah kata minat tapi penulis pon tak kenal. Tapi itulah AKU. So gara minat pada penulisan yang sedikit tinggi dalam draft aku 4 CERPEN dan 1 NOVEL yang berjaya aku karang TAPI yang tak berapa berjaya adalah kesemua cerpen dan novel aku tak dak ENDING sebab mood aku tak sampai nak cari idea. Kalau aku rajin aku akan teruskan dan publish kat sini k.
QOTD : Angan - angan tidak mustahil akan menjadi realiti jika kita terus berusaha. (positif)
YANG BENAR,
Gadis Sengal.
0 kritikan:
Post a Comment